Dec 9, 2011

~Brownies Cheese Cake~

Dah byk kali buat kek ni.. tp xpernah la terlintas nk snap gamba kek tu. kek ni sy, suami & anak mmg suka sgt2.. sedap, lembut & gebu. kpd yang nak mencuba ni resepinya ye.. selamat mencuba
credit to yatiememories.blogspot.com utk gamba ni.. sori ye kak sy buat gamba akak sbg contoh tp mmg sebiji jd mcm gini kek sy.. :)
Brownies Cheese Cake
Bahan Kek:
3biji telur
2cwn tepung gandum
1/2 cwn serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1cwn gula castor
1cwn susu pekat
1cwn minyak
1cwn air mendidih
Cara:
1) Pukul telur dan gula smp kembang
2) Masukkan tepung gandum, serbuk koko & soda yang telah diayak. gaulkan hingga sebati
3) masukkan susu gaul hgga sebati kemudian masukkan minyak gaulkan hingga minyak sebati dgn adunan
4) Last skali masukkan air panas yg bru mendidih
Ikat penutup pengukus dgn kain bersih dan kukuskan separuh adunan kek selama 15minit. sementara menunggu 15minit tu kita sediakan pula bahan seterunya..
Bahan Cheese:
250g cream cheese
60g gula castor (sll sy buat dlm 2sudu besar)
1 biji telur ayam
25ml air
1 sudu besar tepung gandum
sedikit esen vanila
Cara:
1) pukul cream cheese, gula & telur hingga sebati
2) masukkan kesemua bahan dan pukul lg hingga mesra sume2 bhn tuh
Bila adunan kek yg kita kukus td dh sedikit mengeras (supaya adunan cheese berada diatas) masukkan pula adunan cheese ni. kukus lagi dlm 15minit bila dh mengeras masukkan pula kesemua adunan kek tadi.. kukus lg selama 1jam @ smp masak..
sedap dimakan dikala waktu minum petang @ bila2 masa yg anda suka lah.. selamat mencuba & menjamu selera

~Blueberry Tiramisu~

mlm td 1st time cuba buat Blueberry Tiramisu.. agak lembut sedikit so ada mcm land slide skit la kek tiramisu sy ni.. tp rasanya mmg la sedap sesgt2 de rasa kelat2 skit, manis & masam2 sikit.. Peringatan utk diri sdri -> lain kali renjis je air nescafe kat lady fingers tu ye xperlu celup
so, ini la rupanya blueberry tiramisu sy.. malu je nk publish (sbb buwok) tp bak kata org tak cuba xtau kan.. so shaida bljr utk improve kan lg ye. resepi asalnya ni sy ambk dari blog zarihanif@blogspot.com tima kasih ye kak ats perkongsian ilmu nih.. :)
Blueberry tiramisu

Bahan-bahan:
2 bungkus kecil ladyfingers
1 cawan air panas (untuk bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
250 ml whipping cream
250 g cream cheese
½ cawan gula halus
serbuk koko untuk hiasan

Blueberry syrup:
150 g blueberry atau strawberry filling (sy lebihkan ke 250g)
80ml air suam
Cara: Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.

Cara-cara:
1. Bancuhkan nescafe dengan air panas dan ketepikan.
2. Satukan whipping cream, cheese dan gula dan pukul adunan sampai kembang dan gebu
3. Celupkan ladyfingers ke dalam bancuhan nescafe dan susun di dalam casserole atau loyang. (celup kejap je @ renjis2 kalau xnak lembut sgt)
4. Sapu & ratakan separuh blueberry syrup ke atas ladyfingers yg dh dicelup td.
5. Kemudian, lapiskan pula dgn separuh adunan cheese. Taburkan sedikit serbuk koko.
6. Susun lagi ladyfingers yang selebihnya dan tuangkan blueberry dan baki adunan cheese sehingga habis.
7. Tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar. (sy chill kan lbih krg 8jam)
8. Hiaskan dengan serbuk koko sebelum menghidangkannya

Dec 2, 2011

~Nur Iffah Marissa~

hari2 asyik gaduh je ngan anak bertuah sorang ni.. ade je benda nk digaduhkan. anak baru sorang tp riuh nye umah mcm dh de ramai anak..huhuhu bdk sorang ni kalu ngan ibu mmg la ngada2 terlebih kdg2 tu dimain2kan je kita nihh.. ngan ayah takut sikit ayah ckp tegas sikit je dh bantai melalak..
pe org ckp kalau anak ngan ibu mmg la cm gitu kan.. skrg ni dia suka sgt buat mata juling, lg2 time nk ambk gamba tgk je la gamba kat bwh nih..


menjadi plak juling nye tuh.. kalau nmpk mmg la kena marah budak debab ni bkn pe risau kot2 ti lekat trus plak.. dri mana bljr n dpt wat vm gitu pon xtau.. tau2 je "bu tgk kakak buat nih" smbl julingkan mata dia.. haiiihh la kakak marissa kalau tgk tv 1 hal plak.. xblh la tgk cite ngan cedih2 sikit kang sat lg bantai menangis.. nak2 lg tgk baby nangis kan.. sat lg mula la air mata dia bergenang "cian baby tu, ibu xsayang ayah dia pon xsayang dia" jap lg dgr la dia teresak2.. hehehe kdg2 tu sje je lg sakat dia jhat btol ibu dia nihh kan..

Dec 1, 2011

~2011~ tahun percutian

sori sesangat sori.. blog ni wujud dri thun lps lg tp mandangkan rajin bebeno tuan umh ni la jd nyer.. dh sthun lbih bru nk update blk..huhuhu
ok la.. balik pd tjuk utama, tahun ni kiranya thun percutian utk sy sekeluarga.. merayap saje kojenyer smp cuti thun pon abes sudah.. 1st skali pi Ho Chi Minh, Saigon Vietnam lps tu ke bukit merah then trus naik kedah xckup lg tuh pi Kuching, Sarawak and last skali last week ke Bukit Gambang - Kuantan - Maran.. haihhhh byk btol persinggahan last week.. al maklum lah kampung halaman.. mau nye dakk
ada yg dirancang ada jgk yg xdirancang..seronok pi bercuti pe org ckp jauh perjalanan luas pemandangan.. yg xbesh nyer blk poket kering..huhuhu ok la tu je la dlu wat ms nih.. insyaallah senang2 sy update tmpt2 percutian yg sy pegi tu ye.. smp berjumpa lg..

Ayat Pengerak / Pelangkah

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti
berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih
binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati
maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita
hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.